Maybankard Visa Debit Baru Pamplet 2
Secara rasminya, saya kini adalah penguna Maybankard Visa Debit Baru. Baru sahaja “Upgred” beberapa jam yang lepas dan gambar diatas adalah kad yang saya terima. Sejibik macam kat paper.

Ingatkan mula-mula ambil masa 2 minggu macam Public Bank Visa Electron tapi untuk kad ini, hanya ambil masa 20minit +/- . Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengisi borang ringkas dan membuat bayaran sebanyak RM12, itu sahaja. Bayaran RM12 adalah untuk pengantian Maybankard Bankcard kepada MAYBANKARD VISA DEBIT jika anda mempunyai akaun Maybank. Maknanya, kad lama anda akan dilupuskan dan digantikan dengan kad baru.

Kad Maybankard Visa Debit Baru Buat

Fungsi kad baru ini sama seperti bankard yang lama tetapi dengan beberapa fungsi tambahan. Boleh dikatakan 2 in 1. Boleh digunakan untuk mengeluarkan duit dari ATM, untuk membeli belah (dalam dan luar negara) dan pembelian online.

Perlu ke upgred? Wajib ke? Saya rasa tidak buat masa ini, tapi kalau ingin menikmati fungsi tambahan, Why Not? Mungkin masa akan datang Maybank akan mewajibkan penggunaan kad baru seperti yang dilakukan oleh Bank Bumiputra-Commerce (kini dikenali sebagai CIMB) atau Bank Simpanan Nasional, dari kad warna BSN emas ke kad BSN Matriks warna Biru…

Syarat-syarat permohonan
Jika anda tidak ada akaun Maybank?

Menurut brocher yang saya dapat, Syarat untuk memohon kad ini, anda adalah pelanggan Maybank yang memiliki akaun semasa atau akaun simpanan berumur 18 tahun keatas…

Semasa saya di Maybank, saya perhati ada orang yang membuka akaun Maybank. Orang itu terus dapat kad Visa debit baru dan bukan lagi Maybankard Bankcard. Maknanya, apabila anda membuka akaun Maybank, secara automatik anda akan mendapat kad Visa Debit. Maknanya lagi, pelanggan baru akan terus dibekalkan dengan MaybanKard Visa Debit.

Mungkin ini standard baru Maybank.

Ciri-ciri & Kelebihan

 

Maybankard Visa Debit Baru Pamplet

 

 

Menurut brocher, antara ciri-ciri dan kelebihan kad ini:

  • Kemudahan - Boleh bayar bil, pindah wang, membuat pembelian, dimana ada sahaja asalkan ada logo Visa.
  • Diterima Di Mana-mana Saja - 26 juta lokasi Visa di seluruh dunia. Boleh buat pembelian Online, telefon/pos (MOTO) dari rumah atau dimana sahaja anda berada
  • Keselamatan - Teknologi Cip Pintar, keselamatan terjamin setiapkali membeli belah. Anda akan diumumkan menerusi SMS sekiranya terdapat transaksi mencurigakan. Pusat perkhidmatan, 24jam sehari, 7 Hari seminggu.
  • Kawalan Di hujung Jari Anda - Tetapkan had pengeluaran sehingga RM5000. -Simpanan Rekod, penyata online transaksi.
  • Pengeluaran Tunai Di ATM - Pengeluaran Tunai di semua ATM tempatan dan luar negeri yang mempamirkan logoVisa Plus atau Visa.
  • Treat Points - Ganjaran mata TreatPoints untuk menebus hadiah menarik atau baucar membeli-belah setiap kali Maybankard Visa Debit Diguna.
  • Tiada Yuran - Tiada yuran tahunan, kadar faedah atau caj pembayaran lewat.

Tiada yuran tahunan,.. Tu yang best berbanding PBank Visa Electron, RM 27 setahun (kalau tak silap saya). Nanti saya postkan caj-caj lain yang akan dikenakan oleh kad debit baru ini. Caj yang paling tinggi pun saya perhati, hanya RM12 untuk transaksi pengeluaran tunai di luar negara di ATM bank antarabangsa menerusi VISA PLUS. (Nanti saya check lagi untuk kepastian).

Maybankard Visa Debit Baru dan Lama

Tinggal kenangan… Maybankard Bankcard yang digantikan dengan kad baru. Sedih jugak ganti kad baru. Banyak kenangan online huhuhu… Kad lama akan dipatahkan untuk keselamatan.

Cadangan Pengunaan
Sekarang saya ada dua kad Visa debit. Keluaran Public Bank dan Maybank. Bagi pengunaan perniagaan online yang mengguna paypal service untuk payment processor, saya guna PBVisa Electron . Kalau saya nak buat pembelian online/terima fund dari Paypal, saya guna Maybankard Visa Debit.

Tujuan yang pertama, untuk mengelakkan duit dalam Maybank jadi kosong/kurang akibat daripada chargeback dan refund dari paypal. Tujuan yang kedua, senang nak transfer fund dari paypal ke bank.

Akhirnya, Maybank memahami kehendak IM tempatan. Tak ada lagi istilah “Tak Boleh Transfer Fund Dalam Paypal Ke Bank Tempatan”…

Sehingga post seterusnya…

Jangan lupa langgan feed ImpakPopUp.

P.s. Kejap lagi nak bukak Akaun Paypal Baru.

P.s.s pra-tonton ebook percuma “Panduan Pendaftaran Y! Search Marketing, 5 Langkah Mudah Membuka Akaun”, Terpaksa ditangguh.

=========================

Updated: 5:48pm.

Berikut adalah Caj-caj yang dikenakan oleh Maybank untuk Maybankard Visa Debit ( seperti yg terdapat dalam Brocher)

Bil== Sebab===== Jumlah======
1.0 Akaun Baru
  • Percuma
2.0 Pengantian Kad  
 
  • Cip Rosak
  • Pembaharuan
  • Pengantian daripada Maybankard Bankcard kepada MAYBANK VISA DEBIT
  • Percuma
  • Percuma
  • RM12
3.0 Pengantian MAYBANK VISA DEBIT kerana:  
 
  • Kehilangan atau kecurian
  • Terlupa Pin atau Pin diketahui orang
  • Kerosakan akibat kelalaian sendiri
  • RM12
  • RM12
  • RM12
4.0 Transaksi ATM*  
 
  • 4 kali pengeluaran tunai pertama setiap bulan di mana-mana ATM Maybank
  • Percuma
 
  • Pengeluaran tunai kali ke 5 dan seterusnya di mana-mana ATM Maybank**
  • RM0.50 setiap kali pengeluaran***
 
  • Pengeluaran tunai dalam negeri menerusi bankard platform di ATM bank domestik yang lain.**
  • RM 1 setiap kali pengeluaran
 
  • Pengeluaran tunai di luar negara di ATM bank antarabangsa menerusi VISA PLUS
  • RM 12 setiap kali pengeluaran
 
  • Transaksi bukan tunai seperti:
    • Pertanyaan baki
    • Pemindahan wang ke mana-mana akaun Maybank
    • Deposit cek tempatan
    • Deposit tunai, etc
  • Percuma
 
  • Pembelian runcit di kedai dan gedung membeli-belah
  • Percuma
  Pengecualian  
 
  • Deposit Cek Luar
  • Kadar tetap 0.03% setiap cek.Minima RM0.50Maksima RM500
 
  • Pemindahan daripada kad kredit ke Akaun Semasa, Simpanan etc.
  • Kadar tetap 5% jumlahpendahuluan tunaiMinima RM10
5.0 Caj penalti keatas pengeluaran melebihi baki
  • RM10
6.0 Rangkaian ATM MEPS Maybank  
 
  • Pengeluaran tunai
  • Pertanyaan baki
  • RM 1
  • Percuma
7.0 Pembayaran Bil di ATM/CDM menggunakan ”Bar Code”
  • RM0.50 setiap kali transaksi
Nota:
* Caj transaksi akan dikenakan untuk Maybankard Bankcard yang bercip dan juga kad ATM Kawanku yang menggunakan jalur magnetik
** Bayaran akan didebitkan secara langsung daripada akaun pelanggan selepas transaksi selesai.
*** Caj akan dikecualikan jika akaun yang berkenaan mempunyai baki melebihi RM5,000 semasa pengeluaran.

Tiada sebarang caj akan dikenakan bagi pembelian menggunakan MAYBANKARD VISA DEBIT

Popularity: 100% [?]

You Should Also Check Out This Post:

More Active Posts: